Rejim Zionis roboh 10 buah rumah di Qalansawe

NAZARETH, 10 Jan 2017 (Maan) — Pasukan keselamatan khas Alesan bersama sekumpulan besar polis Zionis menyerbu masuk bandar Qalansawe di wilayah Palestin 1948 yang terjajah dan mengiringi 20 buah buldozer merobohkan 10 buah rumah penduduk Palestin, atas alasan tidak mempunyai permit pembinaan.

Polis menghalang penduduk Palestin mendekati kawasan tersebut dan menangkap seorang pemuda apabila pertempuran tercetus.

Penduduk mendakwa rejim pimpinan Netanyahu mengambil kesempatan untu membalas dendam ke atas penduduk Arab berkaitan isu penempatan haram Amona yang diarah roboh oleh mahkamah. Mereka bagaimanapun berikrar akan membina semula rumah dan tetap tinggal di situ.

Datuk Bandar Abd al-Basit Mansour telah meletak jawatan bagi membantah kejadian tersebut.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts