Rejim Zionis roboh 20 kedai di kem Shu’fat

BAITULMAQDIS, 21 Nov 2018 — Rejim Zionis meroboh 20 buah kedai milik peniaga Palestin di kem pelarian Shu’fat di timur laut Baitulmaqdis pagi tadi.

Puluhan anggota polis mengiringi jentolak menyerbu masuk Shu’fat di awal pagi, dan meroboh bangunan terbabit atas alasan dibina tanpa kebenaran. Kedai-kedai tersebut merupakan satu-satunya punca pendapatan kepada 60 keluarga Palestin.

Semalam, pihak pentadiran awam tentera Zionis menyerah notis perobohan, dengan memberi tempoh 12 jam kepada peniaga-peniaga untuk mengosongkan kedai mereka. Ia merupakan operasi terbesar sejak kem tersebut dibina oleh UNRWA pada tahun 1965.

Polis menutup laluan masuk utama ke kem tersebut untuk menghalang pergerakan penduduk. Pada masa yang sama pasukan penembak tepat tentera menaiki bumbung rumah-rumah berdekatan untuk mengawal keadaan.

Pertempuran bagaimanapun tercetus selepas perobohan.

Kem Shu’fat terletak dalam wilayah Tebing Barat di sebalik Tembok Pemisah Zionis. Seramai 24,000 pelarian Palestin tinggal di situ.

(PIC, Maan, PNN, MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts