Rejim Zionis roboh dua rumah penduduk Palestin di Qalanswa

BAITULMAQDIS, 10 Julai 2018 — Pihak berkuasa rejim Zionis pagi tadi meroboh dua buah rumah penduduk Palestin di kota Qalanswa yang terletak dalam wilayah Palestin 1948 yang terjajah, atas alasan dibina tanpa kebenaran.

Pemilik salah sebuah rumah, Yousef Warda, memaklumkan beliau tidak pernah menerima sebarang notis amaran perobohan. Rumah tersebut dibina untuk anaknya yang akan mendirikan rumahtangga tidak lama lagi.

Pasukan polis Zionis menyerbu kawasan kejiranan sebelah barat Qalanswa, menghalang penduduk Palestin daripada mendekati kawasan sebelum serta memberi perlindungan kepada para pekerja yang merobohkan rumah terbabit.

(PIC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts