Rejim Zionis roboh perkampungan Araqeeb kali ke-177

GURUN NAQAB, 27 Ogos 2020 — Rejim Zionis hari ini meroboh rumah dan kemah kediaman komuniti Badwi di perkampungan al-Araqeeb buat kali ke-177.

Pasukan polis Zionis mengiringi pekerja perbandaran lengkap dengan buldozer, menyerbu perkampungan tersebut di awal pagi. Mereka meroboh semua kemah dan rumah serta tangki air, tanpa mempeduli penduduk termasuk kanak-kanak dan warga emas yang kehilangan tempat berteduh.

Al-Araqeeb telah diroboh sebanyak lima kali sejak awal tahun ini, kali terakhir pada 5 Mac lalu. Setiap kali rumah dan kemah mereka diroboh, penduduk akan bina semula sebagai membantah tindakan rejim penjajah yang ingin memindahkan mereka dari situ dan merampas tanah untuk pembinaan sebuah bandar khusus untuk Yahudi.

Sebanyak 51 buah perkampungan Badwi di Gurun Naqab tidak “diiktiraf” oleh rejim Zionis, kononnya kerana penduduk tidak mempunyai dokumen pemilikan tanah. Sedangkan penduduk mempunyai dokumen serta resit pembayaran cukai tanah.

(MEMO, PNN, Palinfo, WAFA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts