Rejim Zionis roboh rumah di kota Baitulmaqdis dan al-Khalil

KOTA BAITULMAQDIS, 15 Julai 2020 — Rejim Zionis pagi tadi meroboh dua buah rumah penduduk Palestin di kota Baitulmaqdis dan al-Khalil.

Polis mengiringi pekerja perbandaran Zionis yang lengkap dengan buldozer menyerbu kejiranan Shuqairat di bandar Jabal Mukaber, dan meroboh rumah milik Ghassan Mustafa.

Seperti lazimnya, pihak perbandaran menjustifikasi tindakan mereka dengan menuduh rumah tersebut dibina tanpa permit. Sedangkan penduduk Palestin tiada pilihan lain bagi memenuhi keperluan semasa dan perkembangan keluarga mereka.

Sementara di al-Khalil, pasukan tentera Zionis memusnahkan sebuah rumah di kebun perkampungan Beit Marsam, barat bandar Dura. Rumah tersebut digunakan oleh Mohamed Abdul-Aziz dan keluarganya sebagai rumah percutian musim panas.

(Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts