Rejim Zionis Roboh Rumah di Wilayah Palestin 1948

AL-QUDS, 13 Dis 2017 — Rejim Zionis memusnahkan sebuah rumah penduduk Palestin di bandar Zemer di utara Wilayah Palestin 1948 yang terjajah.

Tentera Zionis mengiringi pasukan buldozer menyerbu bandar Zemer dan memusnahkan rumah yang sedang dalam pembinaan itu tanpa memberi sebarang amaran awal, sehingga mencetus suasana tegang di kalangan penduduk.

Zemer adalah salah sebuah bandar yang digelar sebagai segitiga penduduk Arab, terletak antara Baqa al-Gharbiyye dan Bat Hefer. Ia terbentuk daripada gabungan perkampungan Bir al-Sika, Ibtan, Marja dan Yama pada tahun 1988.

Hampir 1,800,000 penduduk Palestin tinggal di dalam wilayah Palestin 1948 yang terjajah, yang merupakan keturunan 160,000 penduduk Palestin yang tetap tinggal di atas tanah mereka selepas rejim Zionis menduduki Palestin pada tahun 1948.

(Sumber: PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts