Rejim Zionis roboh rumah keluarga Palestin di Jabal al-Mukabber

AL-QUDS, 26 Okt 2017 — Pasukan polis dan pihak perbandaran Zionis memecah masuk sebelum meroboh rumah keluarga Abu Jamal di Jabal al-Mukabber, selatan kota al-Quds, petang tadi atas alasan dibina tanpa kebenaran.

Rumah tersebut dibina sejak dua tahun lalu dan dihuni oleh lima ahli keluarga. Penduduk Palestin terpaksa membina atau membaiki rumah tanpa kebenaran kerana pihak rejim lazimnya tidak memberikan kelulusan, walaupun pemohon terpaksa melalui prosedur dan proses perundangan yang panjang.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts