Rejim Zionis rosakkan tanah perkuburan sahabat Rasulullah SAW bersebelahan al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 20 Apr 2018 — Pasukan polis pagi tadi mengiringi pekerja pihak berkuasa alam semulajadi Zionis menyerbu tanah perkuburan Bab-ur-Rahmah bersebelahan tembok timur Masjid al-Aqsa, untuk menyembur racun ke atas pokok-pokok yang ditanam di kawasan tersebut.

Terdahulu, pasukan polis Zionis menutup laluan masuk utama ke tanah perkuburan tersebut.

Tanah perkuburan Bab-ur-Rahmah merupakan tempat bersemadi sahabat Rasulullah SAW, iaitu Ubadah bin Samit dan periwayat hadis Shaddad bin Aus.

Rejim Zionis cuba merampas sebahagian daripada tanah perkuburan itu untuk pembinaan sebuah taman khusus bagi pendatang Yahudi, serta melupuskan identiti Islam di kota suci itu.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts