Rejim Zionis sambung kerja pembinaan rumah untuk pendatang haram Amona

AL-QUDS, 26 Julai 2017 — Pihak berkuasa rejim penjajah Zionis menyambung semula kerja pembinaan penempatan haram baharu Amichai, yang dibina untuk pendatang Yahudi yang dipindahkan dari penempatan haram Amona.

Pembinaan tersebut telah bermula bulan lalu, tetapi ditangguhkan apabila pihak rejim tidak mengeluarkan dana. Ia melibatkan pembinaan 300 buah rumah untuk pendatang Yahudi radikal yang terpaksa keluar dari Amona pada bulan Februari lalu, susulan arahan mahkamah kerana ia dibina di atas tanah milik persendirian penduduk Palestin.

Sebahagian daripada kawasan penempatan haram baharu di tenggara kota Nablus ini juga dibina di atas tanah penduduk Palestin.

Amichai merupakan penempatan haram dalam wilayah Palestin yang julung kali dibina dengan kebenaran sepenuhnya pihak berkuasa rejim sejak Perjanjian Oslo 1993. Namun begitu, banyak pos penempatan haram telah dibina sepanjang tempoh tersebut, di samping perluasan kawasan penempatan haram sedia ada.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts