Rejim Zionis sembur racun perosak ke atas kebun-kebun Gaza

GAZA, 4 Mac 2018 — Pesawat-pesawat rejim Zionis pagi tadi menyembur racun perosak ke atas kebun-kebun di sepanjang sempadan timur Gaza.

Semburan bahan kimia beracun itu menyebabkan tanaman rosak dan petani mengalami kerugian besar.

Kenyataan rejim Zionis menyebut mereka hanya menyembur racun rumpai berdekatan pagar sempadan, sedangkan mereka menyembur kawasan tanaman petani Palestin seluas ratusan ekar.

Sekitar 44,000 penduduk Gaza bekerja dalam sektor pertanian, iaitu 11% dariapda tenaga kerja di wilayah yang terkepung itu.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts