Rejim Zionis tangguh perobohan perkampungan Susya dan al-Khan al-Ahmar

BAITULMAQDIS, 20 Jun 2018 — Pemimpin Zionis, Benjamin Netanyahu, memutuskan untuk menangguh perobohan perkampungan Susya di selatan wilayah al-Khalil dan al-Khan al-Ahmar di Baitulmaqdis, atas alasan “politik dan keselamatan”.

Tindakan tersebut mungkin bersempena lawatan penasihat khas presiden Amerika, Jared Kushner, pada hujung minggu ini.

Kerja perobohan asalnya dijadualkan pada minggu ini. Kementerian Perang Zionis sebelum ini mendedahkan bahawa perobohan akan dilakukan pada pertengahan tahun 2018, bagaimanapun menterinya Avigdor Lieberman menyatakan Majlis Keselamatan Kebangsaan Zionis memohon supaya ia ditangguhkan.

Kedua-dua perkampungan yang mendapat perhatian diplomatik dan masyarakat antarabangsa itu telah dilawati oleh ramai wakil-wakil kerajaan Eropah.

Penduduk Susya dan al-Khan al-Ahmar akan dipaksa keluar dari perkampungan mereka. Mereka kini hanya tinggal dalam rumah-rumah mudah alih, termasuk khemah dan binaan kepingan zink, kerana rumah mereka telah berkali-kali dirobohkan.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts