TIBERIAS, 12 Sep 2018 — Kumpulan aktivis “Eraf Watanak” membongkar usaha pihak berkuasa rejim penjajah Zionis menukar sebuah masjid di kota Majdal, dalam wilayah utara Palestin 1948 yang terjajah, menjadi sebuah kedai arak dan dewan pameran artistik.
Masjid tersebut dibina selepas pembebasan Baitulmaqdis oleh Salahuddin al-Ayuubi, dan kekal sehingga zaman pemerintahan Uthmaniyah.
Sehingga hari ini bangunan tersebut masih kekal dengan karakter Islam seperti asal, lengkap dengan menara, mihrab dan minbar.
(PIC)