Rejim Zionis tuntut pemilik bayar kos meroboh rumah

BAITULMAQDIS, 3 Apr 2019 — Hanya beberapa jam selepas meroboh sebuah bangunan rumah keluarga Palestin di kem pelarian Shu’fat, pihak perbandaran membuat tuntutan supaya pemiliknya membayar kos perobohan tersebut.

Pagi semalam, pekerja perbandaran bersama tentera Zionis meroboh rumah dua tingkat milik keluarga Houshiyya di kejiranan at-Tihta di kem Shu’fat.

Beberapa jam selepas memusnahkan rumah, tentera Zionis kembali menyerbu kem dan menyerah bil termasuk denda berjumlah sehingga 200,000 Shekel (RM223,850).

(IMEMC, WAFA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts