Rejim Zionis tutup Bab al-Rahmah di Masjid al-Aqsa

KOTA BAITULMAQDIS, 15 Julai 2020 — Mahkamah Zionis hari ini memutuskan untuk menutup semula Bab al-Rahmah di timur perkarangan Masjid al-Aqsa.

Dewan solat Bab al-Rahmah adalah sebahagian daripada kawasan dan komponen Masjid al-Aqsa, yang merupakan milik umat Islam di bawah kuasa kerajaan Jordan dan diurus melalui Jabatan Wakaf.

Khatib al-Aqsa, Sheikh Ekrima Sabri, menegaskan bahawa umat Islam tidak terikat dengan keputusan mahkamah Zionis. Keputusan tersebut tidak sah kerana urusan Masjid al-Aqsa adalah di luar bidang kuasa rejim Zionis.

“Bab al-Rahmah tetap akan dibuka, kami tidak akan biarkan ia ditutup,” tegas Sheikh Ekrima.

Pada Februari 2010, Jabatan Wakaf membuka secara rasmi dewan solat Bab al-Rahmah, setelah dipaksa tutup oleh rejim Zionis selama 10 tahun.

Sejak ia dibuka semula, polis Zionis memburu para jemaah dan pengawal masjid, sehingga puluhan penduduk Palestin diharamkan memasuki tapak suci itu.

(Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts