Rejim Zionis tutup Masjid al-Aqsa sehingga Ahad

AL-QUDS, 14 Julai 2017 (PIC) — Pejabat Benjamin Netanyahu mengumumkan bahawa Masjid al-Aqsa akan ditutup sepenuhnya sehingga hari Ahad.

Tiga orang penjaga Masjid al-Aqsa, atau murabitun, turut ditahan sehingga Ahad. Polis Zionis telah membebaskan sebilangan besar daripada 58 pekerja Jabatan Wakaf yang ditahan sejak pagi tadi, namun masih menahan para murabitun. Mereka dibawa ke pusat tahanan al-Maskubiya, di mana polis merampas telefon bimbit serta memukul sebahagian daripada mereka.

Pasukan polis penjajah juga dilaporkan memecah masuk tandas masjid serta merosakkan kelengkapan di situ.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts