Rejim Zionis tutup Masjid Ibrahimi sejak Sabtu lalu

AL-KHALIL, 20 Sep 2020 — Rejim Zionis menutup Masjid Ibrahimi di Kota Lama al-Khalil dan melarang ibadat solat di dalamnya sejak dua hari berturut-turut, kononnya kerana sambutan tahun baharu Yahudi.

Kenyataan Pengarah Masjid Ibrahimi, Hefzi Abu Sneina, menyebut bahawa rejim penjajah akan menutup masjid itu secara berkala pada 27 dan 28 September sempena sambutan perayaan Yom Kippur, dan akan ditutup lagi pada 7 dan 9 bulan hadapan bagi sambutan perayaan Tahta.

Rejim Zionis memaksa Masjid Ibrahimi ditutup dan melarangan laungan azan pada waktu-waktu tertentu sejak tahun 1994, sebagai susulan tindakan mereka membahagikan ruang dan waktu memasuki masjid di antara para jemaah dan penganut Yahudi.

(WAFA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts