Rejim Zionis tutup penjara Hadarim, pindah tahanan ke Gurun Naqab

RAMALLAH, 24 Apr 2017 (PIC) — Pihak berkuasa penjara Zionis menutup penjara Hadarim dan memindahkan semua baki tahanan ke penjara di Gurun Naqab setelah 100 daripada 120 tahahan yang dikurung di situ menyertai mogok lapar sejak lapan hari lalu.

100 orang tahanan mogok tersebut telah dipindahkan ke dalam kurungan berseorangan di penjara-penjara lain. Baki 20 tahahan yang tidak menyertai mogok atas masalah kesihatan dipindahkan ke Gurun Naqab hari ini. Pemindahan tahanan yang sakit itu bertujuan untuk menghukum semua tahanan secara kolektif setelah lebih 1,500 tahanan melancarkan mogok lapar bagi menuntut hak dan keadilan ke atas mereka.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts