GAZA, 21 Sep 2016 (PIC) — Pihak berkuasa rejim penjajah Zionis hari ini menutup pintu lintasan komersial Karam Abu Salem tanpa memberi sebarang notis awal mahupun alasan.
Karam Abu Salem merupakan satu-satunya lintasan bagi membawa masuk barangan komersial, bantuan kemanusiaan dan minyak ke Gaza. Ia lazimnya ditutup pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan hari-hari perayaan Yahudi.