Rejim Zionis tutup pintu sempadan Gaza dan Tebing Barat sehingga Ahad

BEIT LAHM, 20 Sep 2017 — Rejim Zionis menutup pintu lintasan sempadan Gaza dan Tebing Barat mulai tengah malam tadi sehingga tengah malam Ahad, bersempena perayaan tahun baharu Yahudi Rosh Hashanah.

Menurut kenyataan polis Zionis, hanya kes kemanusiaan akan dibenarkan melintas sempadan.

Di samping itu, sekatan-sekatan tambahan akan dikenakan untuk mengekang pergerakan penduduk Palestin sepanjang beberapa minggu akan datang. Pasukan polis, pengawal sempadan dan relawan Yahudi akan dikerah ke seluruh kota al-Quds dan sekitarnya.

(Maan, PNN)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts