Rejim Zionis tutup pusat media Qpress

AL-QUDS, 17 Okt 2016 (MEMO) — Pihak berkuasa rejim penjajah Zionis menutup agensi Qpress, sebuah pusat media yang memberi tumpuan khusus kepada penyebaran maklumat tentang al-Quds dan Masjid al-Aqsa.

Keputusan tersebut dimaklumkan oleh pihak rejim selepas mereka menyoal siasat Pengarah QPress, Dr Hekmat Na’amna, serta mengharamkan beliau memasuki Masjid al-Aqsa minggu lalu. Penggunaan laman web serta paparan Facebook QPress juga diharamkan.

QPress sering mendedahkan jenayah dan rancangan jahat rejim Zionis ke atas al-Quds, al-Aqsa dan tapak-tapak suci Islam dan Kristian di Palestin, dengan menyairkan laporan berita kejadian, foto dan juga rakaman video.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts