Rejim Zionis usir tahanan dari Tebing Barat ke Gaza

RAMALLAH, 31 Julai 2017 — Rejim Zionis memutuskan untuk mengusir pemuda Karim Falah Ramadan Abed Rabu yang berasal dari Tebing Barat ke wilayah Gaza.

Karim Falah ditahan tanpa sebarang alasan dari rumahnya di kem pelarian al-Jalazun pada 28 Julai dan kemudian dikurung dalam penjara Ofer.

Rejim Zionis tidak penah menjelaskan alasan pengusiran tersebut.

Sejak kempen Intifadah Kedua, rejim Zionis melaksanakan polisi memaksa keluarga penduduk Palestin yang membunuh atau mendecerakan Yahudi berpindah ke Gaza.

Pertubuhan hak Asasi Addameer mendakwa rejim Zionis menggunakan polisi tersebut untuk menakut-nakutkan penduduk Palestin supaya membuat pengakuan ketika disoal siasat.

(Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts