Rekod 1,046 pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

AL-QUDS, 1 Ogos 2017 — Pasukan khas polis Zionis mengiringi 1,046 pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareeba pagi tadi, merekodkan bilangan terbesar sejak lima tahun lalu.

Beberapa orang pendatang melakukan ritual agama mereka di atas tapak suci umat Islam itu.

Percerobohan tersebut menyusuli perarakan besar-besaran di Kota Lama al-Quds menuju Tembok al-Buraq malam tadi, di mana pertubuhan-pertubuhan pelampau Yahudi menyeru pengikut mereka menyambut perayaan Tisha B’av di perkarangan Masjid al-Aqsa.

(Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts