Remaja 15 tahun dijatuhkan hukuman penjara selama lebih 6 tahun

AL-QUDS, 5 Jun 2016 (PIC) — Sebuah mahkamah Zionis hari ini menjatuhkan hukuman penhara selama enam setengah tahun dan denda sebanyak 26,000 shekel (RM 27,720) ke atas Mu’awya Alkam, 15, atas tuduhan cuba menikam seorang pengawal keselamatan Yahudi.

Mu’awya dan Ali Alkam diculik oleh tentera penjajah Zionis selepas mereka ditembak oleh seorang pengawal keselamatan perkhidmatan keretapi ringan di Al-Quds.

Ali cedera parah terkena tiga das tembakan dalam insiden tersebut. Beliau kemudiannya dikurung di sebuah sekolah tertutup di Beit Naquba, manakala Mu’awya ditahan di lokap Megiddo.

Kedua-dua mereka dilaporkan telah didera dan dipukul ketika dalam tahanan.

Pihak berkuasa Zionis beberapa kali menangguhkan perbicaraan mahkamah terhadap kedua-dua mereka, untuk menunggu mereka mencapai usia yang membolehkan mereka dihadap ke mahkamah.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts