AL-KHALIL, 28 Ogos 2016 (PIC) — Seorang remaja Palestin diculik oleh tentera penjajah Zionis berdekatan penempatan haram Haggai di selatan al-Khalil pagi tadi, atas tuduhan membawa sebilah pisau.
Pegawai tentera mendakwa pisau ditemui ketika mereka memeriksa remaja tersebut, dan menuduh mangsa merancang untuk membuat serangan anti-penjajahan. Beliau diheret ke sebuah pusat interogasi untuk disiasat lanjut.