Remaja Al-Khalil Ditangkap Atas Tuduhan Bawa Pisau

AL-KHALIL, 26 Nov 2017 — Polis sempadan Zionis menangkap seorang remaja Palestin berdekatan Masjid Ibrahimi di Kota Lama al-Khalil petang tadi, atas alasan membawa sebilah pisau.

Remaja berumur 17 tahun itu dituduh membawa pisau ketika memasuki masjid. Polis Zionis bagaimanapun tidak mendedahkan serangan maklumat lanjut tentang dakwaan tersebut.

Penduduk Palestin di al-Khalil sering ditahan atau diperlekeh dengan sekatan yang dibina bertaburan di sekitar Masjid Ibrahimi.

(Sumber: PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts