AL-QUDS, 28 Ogos 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis hari ini menangkap seorang remaja berumur 17 tahun dari kem pelarian Shufat di al-Quds. Beliau dituduh membawa sebilah pisau ketika melalui sekatan Shufat.
Kenyataan polis penjajah Zionis menyebut bahawa mangsa dibawa ke sebuah pusat interogasi. Tiada sebarang kecederaan di pihak rejim.
Semalam tentera Zionis juga menangkap seorang gadis Palestin berumur 20 tahun di sekatan Qalandiya atas tuduhan yang sama.