Remaja dua beradik ditangkap tentera Zionis

Al-QUDS, 23 Mei 2016 (Silwanic) — Dua beradik ditangkap oleh tentera Zionis petang tadi setelah memecah masuk dan menggeledah rumah mereka.

Tentera Zionis secara tiba-tiba menceroboh masuk beberapa kawasan kejiranan Palestin di Silwan pada waktu tengahari dan membina sekatan jalan. Beberapa buah kedai di kawasan Ein al-Lozeh turut dipecah masuk.

Tentera turut memecah masuk rumah keluarga Abu al-Hamam di kejiranan Ein al-Lozeh dan menyerang keluarga tersebut. Mereka menangkap Mohammad Arafat Abu Al-Hamam, 17, dan abangnya Shadi, 19, dan memukul kepala mereka dengan senjata sebelum membawa kedua-duanya lari menaiki kenderaan polis.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts