Remaja Palestin cedera dilanggar dengan jip tentera

AL-KHALIL, 30 Mac 2016 (WAFA) — Seorang askar Zionis petang tadi memandu laju jip tentera dan secara sengaja melanggar seorang remaja Palestin di sebuah perkampungan kecil di timur bandar Yatta di al-Khalil.

Remaja No’man Basal, 14 tahun, dilanggar ketika sedang menaiki sebuah motorsikal. Beliau mengalami patah kaki dan kecederaan sederhana lain dan dikejarkan ke sebuah hospital.

Kejadian melanggar kanak-kanak Palestin oleh tentera Zionis atau pendatang Yahudi lazimnya tidak disiasat kerana pihak berkuasa Zionis menganggap insiden seperti itu sebagai satu kemalangan jalanraya.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts