Remaja Palestin cedera ditembak ketika sedang tidur

BEIT LAHM, 30 Sep 2018 — Remaja Nour al-Din Shakarneh cedera apabila tentera penjajah Zionis memecah masuk rumah keluarganya di perkampungan Nahalin di selatan Beit Lahm tanpa memberi sebarang amaran, dan menembak beliau ketika sedang tidur menjelang Subuh pagi tadi.

Nour al-Din, 20, ditembak dengan peluru hidup di bahagian punggung. Tentera turut melepaskan tembakan dan grenad pelali secara rambang di dalam rumah tersebut, menyebabkan beberapa bahagian rumah rosak.

Selepas kejadian, tentera Zionis cuba menangkap Nour al-Din namun berjaya dihalang oleh ahli keluarganya yang membawa beliau ke Hospital Pemulihan Persatuan Arab Beit Lahm di kota Beit Jala.

(PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts