Remaja Palestin cedera ditembak pendatang Yahudi

RAMALLAH, 17 Mei 2017 (PIC) — Remaja Palestin Ibrahim Rasem Hamed, 19, cedera ditembak oleh seorang pendatang Yahudi pagi tadi.

Remaja dari bandar Silwad di Ramallah itu ditembak di Jalan 60, yang sering dilalui oleh pendatang Yahudi, ketika cuba menutup laluan tersebut dalam perarakan solidariti ke atas tahanan yang menjalani mogok lapar sejak 31 hari lalu.

Tentera Zionis kemudian menangkap Ibrahim dan menghalang pasukan perubatan Palestin membantu beliau.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts