Remaja Palestin Cedera Parah Ditembak Askar Zionis

tembak2AL-QUDS, 1 Sep 2014 (Ma’an) — Seorang remaja Palestin cedera parah apabila ditembak oleh askar Zionis semalam. Beliau ditembak di bahagian kepala dengan peluru getah┬áketika┬ásedang berjalan menuju ke sebuah masjid berdekatan sambil berbicara menggunakan telefon bimbit.

Menurut kenyataan bapanya, Muhammad Abd Al-Majid Sunuqrut, 16 tahun, yang berasal dari Wadi al-Joz mengalami keretakan tengkorak kepala. Beliau menjalankan pembedahan di Pusat Rawatan Hadassah dan sedang berada dalam keadaan kritikal.

Tentera Zionis dilaporkan sering mengadakan tindakan provokasi terhadap penduduk Wadi al-Joz kebelakangan ini dengan menembak gas pemedih mata, peluru getah dan pancutan air busuk.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts