AL-KHALIL, 18 Julai 2016 (PIC) — Seorang remaja Palestin cedera parah ditembak dengan mesingan apabila dituduh cuba menikam dua orang askar Zionis berdekatan penempatan haram Gush Etzion di utara al-Khalil.
Remaja tersebut kemudianya ditangkap walaupun sedang dalam kecederaan parah.
Tentera Zionis menutup jalan yang menghubungkan al-Khalil dan Beit Lahm, di mana penduduk Palestin tidak dapat bergerak ke dua-dua arah.