BEIT LAHM, 27 Dis 2017 — Mahkamah tentera Zionis di Ofer hari ini menyabitkan remaja Omar al-Abed, 19, bersalah membunuh tiga orang pendatang Yahudi di kawasan penempatan haram Halamish di Ramallah pada bulan Julai lalu.
Remaja dari perkampungan Kobar itu dijatuhkan empat hukuman penjara seumur hidup; satu untuk setiap pembunuhan dan satu lagi atas tuduhan cuba membunuh.
Dalam serangan tersebut, Yosef Salomon, 70, dan anak-anaknyanya, Chaya, 46, and Elad, 36, terbunuh. Manakala isterinya Tova Salomon, 68, cedera parah.
Ketika kejadian, Omar memasuki rumah tersebut di mana 10 ahli keluarga mereka sedang berkumpul. Apabila mendengar kekecohan, jiran mereka yang merupakan seorang askar Zionis meluru dan menembak Omar.
Serangan berlaku selepas tiga orang penduduk Palestin dibunuh – dua daripada mereka dibunuh oleh tentera Zionis dan seorang lagi oleh pendatang Yahudi – dalam satu demonstrasi di kota Baitulmaqdis.
(Maan)