AL-QUDS, 5 Julai 2017 (PIC) — Mahkamah Pusat Zionis di al-Quds hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 14 bulan ke atas remaja Palestin, Muayad Abu Mayalaeh, atas tuduhan membaling batu dan bom Molotov ke arah tentera Zionis.
Muayad, 17, yang ditangkap di rumahnya di al-Quds pada 12 Disember lalu pernah dipenjara selama beberapa bulan sebelum ini. Beliau kini ditahan dalam penjara Megiddo.