Remaja Palestin dihukum penjara 35 tahun

RAMALLAH, 17 Dis 2018 — Mahkamah tentera Zionis di Ofer hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 35 tahun ke atas remaja Palestin, Ayham Bassem Sabbah, 17.

Ayham juga diarah membayar denda berjumlah 1,250,000 Shekel (RM 1.4juta).

Remaja dari kem pelarian Qalandia di utara Baitulmaqdis itu ditahan bersama seorang lagi remaja, Omar Rimawi, 14, atas tuduhan membuat serangan menikam di supermarket Rami Levi, di kompleks industri Shaare Benyamin di barat laut Baitulmaqdis pada bulan Februari 2016. Omar bagaimanapun meninggal dunia selepas cedera dalam kejadian tersebut.

(Maan, PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts