Remaja Palestin dikenakan tahanan pentadbiran tanpa pengadilan

RAMALLAH, 7 Ogos 2017 — Mahkamah tentera Zionis di penjara Ofer menjatuhkan hukuman tahanan pentadbiran selama tiga bulan ke atas remaja Nour Issa, 16, buat kali kedua.

Nour dijadualkan bebas pada 1 Ogos lalu setelah ditangkap pada 3hb April atas tuduhan menghasut melalui laman Facebook. Namun pihak tentera memutuskan untuk terus mengurung beliau malalui tahanan pentadbiran, iaitu polisi menahan penduduk Palestin tanpa sebarang pertuduhan atau perbicaraan dengan hanya berdasarkan kepada “bukti rahsia,” untuk tempoh selama enam bulan dan boleh dilanjutkan tempoh tersebut tanpa had.

Sebelum ini, remaja dari bandar ‘Anata di timur laut al-Quds itu pernah dikenakan hukuman pentadbiran selama empat bulan. Mahkamah bagaimanapun mengurangkan tempoh tahanan kepada dua bulan, dan kemudian dibatalkan selepas rayuan.

Seramai 170 penduduk Palestin dikenakan tahanan pentadbiran sepanjang bulan lalu, iaitu peningkatan sebanyak 300% berbanding bulan terdahulu.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts