Remaja Palestin ditangkap atas tuduhan cuba menikam

BEIT LAHM, 3 Mei 2017 (Maan) — Tentera Zionis menangkap seorang remaja Palestin berumur 21 tahun di sebuah sekatan tentera di luar kem pelarian Shufat di al-Quds Timur tengahari tadi, apabila pihak polis mendakwa beliau cuba menikam seorang askar yang berkawal di situ.

Pemuda yang berasal dari kem pelarian Shufat itu dituduh menghunus sebilah pisau ke arah seorang askar yang memeriksa kad pengenalan, tetapi askar tersebut berjaya menjatuhkan pisau tersebut dan menangkapnya. Tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts