Remaja Palestin ditembak mati atas tuduhan cuba menikam polis

AL-QUDS, 26 Nov 2016 (PIC) — Pasukan polis Zionis malam tadi menembak mati remaja Palestin Mohammed Nabil Salam, 16, di sekatan jalan masuk ke kem pelarian Shufat di timur laut al-Quds atas tuduhan cuba menikam seorang polis.

Kenyataan saksi menyebut bahawa Mohammed Nabil ditembak sejurus selepas beliau turun dari sebuah bas, dan dibiarkan berdarah selama setengah jam sebelum jasadnya ditutup, menandakan beliau telah meninggal dunia.

Polis Zionis segera menutup sekatan jalan Shufat dan menghalang kaluan kenderaan di kedua-dua arah.

Mohammad Nabil dilahirkan dengan masalah buah pinggang di mana beliau perlu melalui proses dialisis dengan kerap.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts