Remaja Palestin ditembak mati di Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS, 18 Sep 2018 — Pasukan polis penjajah Zionis menembak seorang remaja Palestin berdekatan Bab al-Amoud di Kota Lama Baitulmaqdis petang tadi, dan membiarkan beliau cedera berlumuran darah sehingga meninggal dunia.

Pihak polis mendakwa mangsa, Mohammed Elyan, 17, yang berasal dari Qalandia, telah cuba membuat serangan menikam di kawasan kejiranan al-Misrara, tidak jauh dari Bab al-Amoud.

Saksi-saksi bagaimanapun membantah kenyataan pihak polis, kerana mangsa tidak membuat sebarang serangan dan tidak bersenjata. Sebaliknya, beliau sedang bertelagah dengan seorang Yahudi. Ketika pasukan polis Zionis tiba dan masuk campur secara memihak kepada Yahudi tersebut, Mohammed cuba lari namun ditembak oleh polis.

Selepas insiden menembak mangsa, polis Zionis mengepung dan menutup kawasan tersebut, serta menghalang pasukan Bulan Bulan Sabit Merah membantu.

(PIC, WAFA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts