Remaja Palestin ditembak mati di sekatan tentera Zaatara

NABLUS, 20 Ogos 2017 — Remaja Palestin Qutayba Ziad Zahran, 17, ditembak mati di sekatan tentera Zaatara di Nablus petang semalam, atas tuduhan cuba melakukan serangan menikam.

Kenyatan polis Zionis menyebut pasukan tentera cuba menangkap mangsa setelah beliau dilihat membawa sebuah beg dan kemudian menghunus sebilah pisau apabila disekat, sebelum cedera parah ditembak. Beliau dibiarkan berdarah kesakitan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa yang berasal dari perkampungan Illar di daerah Tulkarem itu dikatakan menulis di laman Facebook tentang rancangan untuk melakukan serangan.

Dalam kejadian tersebut, seorang askar Zionis cedera terkena tembakan rakan sepasukannya sendiri.

(Maan, PNN)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts