2 Sept – Sumber-sumber perubatan Palestin melaporkan pada Selasa (1 Sept), pagi subuh, 3 orang remaja Palestin telah ditembak dan tercedera dengan parah oleh tentera Israel. Seorang daripada mereka telah meninggal dunia pada malam harinya akibat luka parah.
Remaja tersebut dikenali Mohammad Riyadh Nayef, 15tahun, daripada Kem Pelarian Al Jalazoun, berdekatan pusat bandar Tebing Barat Ramallah, tercedera dengan teruk selepas tentera Israel itu mendakwa yang Nayef dan remaja remaja lain melontar batu pada jip mereka. Remaja yang meninggal dunia itu adalah anak lelaki kepada Riyadh Nayef, seorang pegawai keselamatan penduduk Palestin yang telah dibunuh oleh tentera Israel beberapa tahun lalu.
Dua lagi yang tercedera adalah Ali Al Qaisi, ditembak di lengannya, dan pemandu ambulans, Osama Al Najjar, yang telah dicederakan di kakinya ketika menyediakan pertolongan cemas kepada Mohammad Nayef.
Tentera itu juga menembak dengan menggunakan peluru hidup, bom-bom gas, dan gegaran grenad pada beberapa penduduk dan para medik yang dikejarkan bagi membantu remaja tersebut yang cedera; menyebabkan dua medik tercedera dan telah dipindahkan ke hospital Sheikh Zayed di Ramallah
Sumber-sumber tempatan di kem pelarian Al Jalazoun juga mendakwa yang tentera Israel tersebut telah menculik empat orang penduduk dan membaw mereka ke destinasi yang tidak diketahui. immec