Remaja Palestin menjadi buta akibat tidak diberi rawatan ketika dalam penjara

RAMALLAH, 5 Jun 2018 — Keputusan awal pemeriksaan ke atas remaja Hassan Tamimi, 18, di Hospital Shaare Tzedek menunjukkan beliau hilang penglihatan kedua-dua matanya akibat tidak diberikan rawatan perubatan ketika ditahan dalam penjara di kem tentera Ofer.

Tindakan pihak penjara yang mengabaikan keperluan perubatan beliau sejak 7 April lalu menyebabkan saraf di kedua-dua matanya rosak. Sedangkan pihak penjara sedia maklum tentang masalah kesihatan Hassan yang memerlukan rawatan dan makanan khas.

Remaja dari perkampungan Deir Nitham berdekatan kota Ramallah itu mengalami masalah kekurangan protin dalam darah, yang memerlukan beliau mengambil ubat dan makanan khas setiap hari.

(PIC, MEMO)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts