GAZA, 8 Mac -Seorang remaja Palestin terbunuh pada Isnin (7/3) ketika sebuah terowong bawah tanah runtuh ke atasnya di bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza, demikian menurut sumber perubatan tempatan melaporkan.
Sumber-sumber mengatakan bahawa Abdul Aziz Sabah, dari bandar Deir Al-Balah, telah meninggal dunia saat tiba di hospital.
Lebih dari 150 warga Palestin terbunuh akibat kemalangan di terowong sejak tahun 2006. Rakyat Palestin menggali terowong untuk menyeludup pelbagai barangan keperluan ke Gaza akibat sekatan zalim yang dikenakan oleh Israel. (PIC)