RAMALLAH, 3 Dis 2018 — Remaja Musaab Firas al-Tamimi, 17, hari ini meninggal dunia selepas cedera ditembak oleh tentera di bandar Deir Nidham, selatan kota Ramallah.
Ketika kejadian, tentera Zionis yang menyerbu masuk bandar Deir Nidham telah menembak Musab secara sengaja di bahagian kepala dari jarak dekat. Beliau dikejarkan ke Hospital Istishari di kota Ramallah dalam keadaan kritikal.
Tiga lagi pemuda turut cedera ditembak dengan peluru getah.
Musaab merupakan penduduk Palestin yang pertama dibunuh oleh pasukan keselamatan Zionis pada tahun ini.
(PIC, Maan, PNN)