Remaja Perempuan Ditahan Selama 11 Jam Dalam Kereta Polis

AL-QUDS, 10 Nov 2015 (PIC) — Tamara Abu Laban, 15 tahun, yang berasal dari bandar Al-Tour di Al-Quds ditahan di dalam kereta polis selama 11 jam.

Laporan bapanya menyebut bahawa tentera Zionis menangkap Tamara pada 5 November lalu setelah memecah masuk ke dalam rumah mereka. Beliau ditangkap hanya atas alasan menulis “Forgive me (Maafkan saya)” di laman Facebook, yang dituduh sebagai ekspresi niat beliau bagi tujuan melakukan operasi menentang penjajahan.

Tamara ditangkap dan ditahan di dalam sebuah kenderaan polus selama 11 jam kerana pihak penjara Zionis enggan menerima beliau. Beliau kemudiannya dibebaskan pada hari Jumaat 6 November atas beberapa syarat, termasuklah ikat jamin sebanyak 1,500 shekel dan dijatuhkan hukuman tahanan dalam rumah selama lima hari, sebagai tambahan kepada hukuman denda pihak ketiga sebanyak 10,000 shekel.

Rejim Zionis melancarkan kempen menangkap penduduk Palestin yang menyuarakan pendapat mereka melalui media sosial. Petubuhan hak asasi bagaimanapun menganggap kempen tersebut sebagai penodaan terhadap hak kebebasan bersuara dan penahanan yang dibuat adalah haram.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts