Remaja Perempuan Ditembak Mati, Rakan Cedera

BETHLEHEM, 23 Nov 2015 (Maan) — Dua remaja perempuan Palestin ditembak, di mana seorang meninggal dunia dan seorang lagi cedera, selepas mereka dituduh cuba menyerang dengan dengan menggunakan gunting.

Dalam kejadian di pasar Mahane Yehuda di Jaffa Street di kota Al-Quds itu, Hadeel Wajih Awwad, 16 tahun, dan sepupunya yang cedera parah, Norhan Awwad, 14 tahun, pada awalnya ditembak oleh seorang pengawal keselamatan Zionis yang memberhentikan kenderaannya. Rakaman video menunjukkan mangsa bergerak ke arah pengawal keselamatan tersebut sambil membawa gunting, sebelum dipukul jatuh ke tanah oleh pengawal tersebut dan seorang lagi Yahudi.

Ketika mangsa sudah jatuh ke tanah, pengawal tersebut menembak mereka beberapa kali. Hadeel Awwad dilaporkan meninggal dunia serta merta, manakala Shaare Zedek dikejarkan ke sebuah hospital di Al-Quds dalam keadaan parah dengan dua tembakan di bahagian perut.

Seorang pengawal keselamatan Yahudi turut mengalami kecederaan terkena tembakan secara tidak sengaja.

Hadeel yang berasal dari kem pelarian Qalandiya merupakan adik kepada Mahmoud Awwad yang meninggal dunia pada tahun 2013 setelah beberapa bulan cedera ditembak oleh tentera Zionis di kem pelarian Qalandiya.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts