Remaja Perempuan Ditembak Mati Secara Sengaja

AL-KHALIL, 25 Okt 2015 (Maan) — Polis Zionis menembak mati seorang remaja perempuan Palestin berdekatan Masjid Ibrahimi di Al-Khalil, selatan Tebing Barat.

Dania Irsheid, 17 tahun, ditembak apabila beberapa pegawai polis mendakwa mereka melihat mangsa membawa sebilah pisau. Tidak ada seorang Yahudi pun tercedera di tempat kejadian.

Saksi menyebut bahawa pihak polis menutup seorang remaja Palestin yang terbaring dan berdarah tanpa memberi sebarang bantuan sebelum ambulan tiba dan membawa mangsa.

Mangsa dilaporkan cuba melintasi sebuah sekatan tentera berdekatan Masjid Ibrahimi dengan membawa beg sekolah. Seorang askar mengarah supaya mangsa mengeluarkan pisau dari dalam begnya, lalu terus melepaskan tembakan. Beberapa saat kemudian, masgsa yang merupakan seorang pelajar sekolah itu terlantar berdarah.

Insiden ini menjadikan seramai 57 orang penduduk Palestin dibunuh oleh tentera Zionis sejak awal bulan ini. 29 daripadanya dituduh cuba menyerang tentera atau penduduk Yahudi, namun siasatan oleh beberapa badan hak asasi mendakwa mangsa terbabit bukanlah suatu ancaman kepada tentera Yahudi ketika kejadian.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts