Remaja perempuan Palestin cedera dirempuh pendatang Yahudi

BEIT LAHM, 20 Apr 2017 (PIC) — Remaja perempuan Palestin Kawthar Shawriya, 17, cedera apabila dirempuh dengan sebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang pendatang Yahudi di bandar Taqoa di Beit Lahm tengahari tadi.

Kawthar dilaporkan sedang berjalan di tepi sebatang jalan pintas di bandar tersebut, yang terletak berdekatan kawasan penempatan haram Tekoa, ketika dilanggar dengan sebuah kereta yang dipandu laju. Beliau dikejarkan ke Hospital Beit Jala.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts