AL-QUDS, 26 Julai 2016 (PIC) — Seorang remaja perempuan Palestin cedera apabila ditembak beberapa kali oleh pasukan polis Zionis di sekatan Qalandiya di utara al-Quds, atas tuduhan cuba menyerang tentera Zionis.
Mangsa dikenali sebagai Raghad Sho’ani, 18, seorang pelajar di Universiti Birzeit.
Mangsa yang berasal dari perkampungan Kafr Aqab itu dibiarkan cedera berdarah selama beberapa jam dan menjerit kesakitan, di mana krew ambulan Palestin tidak dibenarkan membantu beliau.