Remaja perempuan Palestin dihukum penjara 13 tahun

RAMALLAH, 24 Nov 2016 (PIC) — Mahkamah Pusat Zionis di al-Quds hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 13-setengah tahun dan denda sebanyak 30,000 shekel (RM32,800) ke atas Nurhan Awwad, 16, atas tuduhan membuat serangan menikam.

Nurhan ditangkap pada 23 November 2015 selepas ditembak oleh tentera Zionis apabila dituduh melakukan serangan tersebut bersama sepununya Hadil Awad, 14, di kota al-Quds. Hadil ditembak mati dalam kejadian tersebut manakala Nurhan cedera parah dengan tembakan dua butir peluru di bahagian perutnya.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts